Skip to:

Main Content
Footer
The Magnum Ice Cream Company logo
  1. Notices
  2. Privacy Notices
  3. Malaysia (Bahasa)

NOTIS PRIVASI

Edisi pertama : Julai 2025

Click here for English

#yourdataisyours

Kami mengetahui bahawa anda mengambil berat dengan maklumat peribadi anda dan bagaimana maklumat itu digunakan. Kami ingin anda percaya bahawa The Magnum Ice Cream Company menggunakan maklumat peribadi anda dengan penuh cermat. Notis Privasi ini akan membantu anda memahami maklumat peribadi apa yang kami kumpul, mengapa kami mengumpulnya dan apa yang kami lakukan dengannya.

Notis Privasi ini terpakai untuk semua syarikat-syarikat di bawah The Magnum Ice Cream Company.

Sila luangkan waktu sejenak untuk memahami amalan privasi kami. Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dengan menghantar permintaan melalui borang “Contact Us” di laman web kami.

Kami telah meringkaskan Notis ini sebaik yang mungkin. Sekiranya anda mengalami kesukaran dalam memahami sebarang istilah seperti kuki, alamat IP, dan pelayar, sila rujuk kepada istilah-istilah kunci ini.

Anda mempunyai hak untuk membantah penggunaan tertentu mengenai maklumat peribadi anda termasuk pengunaan maklumat peribadi anda untuk pemasaran langsung. Sila lihat apakah hak anda dan bagaimana anda boleh melaksanakannya. 

Setiap maklumat peribadi yang diberikan kepada ataupun dikumpul oleh The Magnum Ice Cream Company akan dikendalikan oleh Magnum ICC MY Sdn. Bhd., Suite 2-1, Level 2, Vertical Corporate Tower B, Avenue 10, The Vertical, Bangsar South City, No. 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia. Notis Privasi ini terpakai bagi semua maklumat peribadi yang dikumpul oleh Magnum ICC MY Sdn. Bhd. bagi menyediakan perkhidmatan dan produk yang kami tawarkan.

“The Magnum Ice Cream Company” di dalam Notis ini merujuk kepada Magnum ICC MY Sdn. Bhd.  dan sebarang syarikat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dimiliki dan/atau dikendalikan oleh Magnum ICC MY Sdn. Bhd. yang berinteraksi atau memiliki hubungan perniagaan dengan anda. 

Notis Privasi ini juga terpakai bagi kandungan pemasaran The Magnum Ice Cream Company, termasuk promosi dan iklan bagi produk dan perkhidmatan The Magnum Ice Cream Company, di mana kami (ataupun pembekal perkhidmatan yang bertindak bagi pihak kami) yang dihantar kepada anda melalui laman pihak ketiga, platform dan aplikasi berdasarkan penggunaan laman web anda. Laman pihak ketiga yang tersebut di atas mungkin mempunyai Notis Privasi serta terma-terma dan syarat-syarat yang tersendiri. Kami menggalakkan anda untuk membaca Notis Privasi serta terma-terma dan syarat-syarat tersebut sebelum menggunakan mana-mana laman pihak ketiga.

Maklumat peribadi bermaksud maklumat atau sebahagian daripada maklumat yang boleh mengenalpasti identiti anda. Anda tidak perlu memberikan sebarang maklumat peribadi yang diminta oleh The Magnum Ice Cream Company, sekiranya anda memilih untuk membuat sedemikian, kami mungkin tidak akan dapat memberikan anda perkhidmatan yang berkualiti tinggi ataupun tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan yang anda miliki.

Kami juga mungkin akan mengumpul maklumat mengenai anda daripada pelbagai sumber-sumber berlainan. Ini termasuk:

  • Maklumat peribadi yang anda berikan secara langsung.
  • Maklumat peribadi yang dikumpul secara automatik, dan
  • Maklumat peribadi yang dikumpul dari sumber-sumber lain.

Maklumat peribadi bermaksud maklumat atau sebahagian daripada maklumat yang boleh mengenalpasti identiti seseorang secara langsung mahupun tidak langsung. Definisi ini termasuklah maklumat peribadi yang dikumpul diluar talian (‘offline’) melalui Consumer Engagement Centres kami, kempen pemasaran langsung, undian dan pertandingan dan secara dalam talian (‘online’) melalui laman web kami, aplikasi dan platform pihak ketiga dan aplikasi yang diakses atau digunakan melalui platform pihak ketiga.

Anda mungkin diminta untuk menyediakan maklumat peribadi anda apabila anda menghubungi kami. The Magnum Ice Cream Company mungkin akan berkongsi maklumat peribadi ini dengan syarikat The Magnum Ice Cream Company yang lain dan menggunakannya secara konsisten dengan Notis Privasi ini. Kami juga boleh menggabungkannya dengan maklumat lain untuk meningkatkan produk, perkhidmatan, kandungan dan iklan kami.

 

BILA DAN KENAPA KAMI MENGUMPUL “MAKLUMAT PERIBADI KATEGORI KHAS”

Beberapa kategori maklumat peribadi seperti bangsa, etnik, agama, kesihatan, agama, seksualiti atau data biometrik adalah dikelaskan sebagai “maklumat peribadi kategori khas” dan mendapat  perlindungan tambahan di bawah undang-undang perlindungan data Eropah.

Kami mengehadkan situasi di mana kami mengumpul dan memproses maklumat peribadi kategori khas ini.  

Dalam sesetengah situasi, The Magnum Ice Cream Company akan mengumpul maklumat berkaitan dengan kesihatan anda seperti alahan. The Magnum Ice Cream Company hanya mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda sekiranya anda telah memberikan kebenaran anda. Anda boleh meminta perkhidmatan ataupun produk yang tidak terkait secara langsung dengan pengumpulan maklumat peribadi kategori khas, tetapi boleh menyiratkan atau mencadangkan agama anda, kesihatan atau pun mana-mana maklumat peribadi kategori khas.

Untuk menggambarkan situasi di mana The Magnum Ice Cream Company mengumpul dan memproses maklumat peribadi kategori khas, kami menyediakan contoh berikut:

  • The Magnum Ice Cream Companymengumpul maklumat peribadi berkaitan dengan alahan pengguna bagi menyediakan mereka dengan iklan atau promosi yang bersesuaian dengan kehendak mereka.

Kami mengumpul, memproses dan mendedahkan maklumat peribadi anda secara terhad dan hanya untuk tujuan tertentu. Sebagai contoh, untuk memproses bayaran anda, untuk menilai dan menyelesaikan sebarang aduan anda, untuk mengembangkan dan meningkatkan produk, perkhidmatan, kaedah komunikasi dan fungsi laman web kami, untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan minat anda.

Kami membuat profil tentang kehendakan penggunaan dan pembelian anda, termasuk menganalisis cara penggunaan produk dan/atau perkhidmatan kami, dengan menggunakan kaedah peribadikan atau agregat untuk mengumpul maklumat tentang demografi, minat dan kelakuan supaya kami lebih memahami anda dan boleh menyesuaikan produk dan/atau perkhidmatan kami mengikut kehendak anda.

The Magnum Ice Cream Company turut memproses maklumat peribadi anda menggunakan kaedah-kaedah automatik. Keputusan automatik adalah keputusan yang dibuat semata-mata dengan kaedah automatik, tanpa penglibatan manusia dalam proses membuat keputusan berkaitan dengan maklumat peribadi anda.

Kami mengumpul, memproses dan mendedahkan maklumat peribadi anda untuk tujuan berikut:

  • Untuk memproses bayaran anda, sekiranya anda membeli produk kami, untuk menyediakan maklumat mengenai status pesanan anda, menguruskan pertanyaan dan permintaan anda, menilai dan menangani sebarang aduan;
  • Untuk memproses dan menjawab sebarang pertanyaan atau untuk menghubungi anda bagi menjawab pertanyaan dan/atau permintaan anda;
  • Untuk mengembangkan dan meningkatkan produk, perkhidmatan, kaedah komunikasi dan fungsi laman web kami;
  • Untuk sebarang tujuan pertandingan atau promosi yang anda masuki;
  • Untuk memaklumkan maklumat kepada anda dan mengurus pendaftaran anda dan/atau langganan surat berita kami atau sebarang komunikasi yang lain;
  • Untuk mengurus kegiatan perniagaan harian kami mengenai penyertaan anda di dalam pertandingan, undian atau permintaan promosi kami;
  • Untuk mengesahkan identiti seseorang yang menghubungi kami menggunakan telefon, alat elektronik atau lain-lain;
  • Untuk tujuan latihan dalaman dan jaminan kualiti;
  • Untuk memahami dan menganalisis minat, keinginan, dan perubahan keperluan pengguna, meningkatkan laman web kami, produk dan perkhidmatan semasa kami, dan/atau menyediakan produk dan perkhidmatan baru; dan
  • Untuk menyediakan produk yang sesuai secara peribadi, komunikasi dan iklan yang disasarkan dan cadangan produk kepada anda.

Ketika kami mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan yang disebutkan di atas mahupun untuk sebarang tujuan, kami akan memaklumkan kepada anda sebelum ataupun ketika pengumpulan dibuat.

Sekiranya diperlukan, kami akan meminta kebenaran anda untuk memproses maklumat peribadi anda. Apabila anda telah memberikan kebenaran untuk sebarang aktiviti pemprosesan, anda mempunyai hak untuk menarik semula kebenaran tersebut pada bila-bila masa.

Dalam sesetengah situasi, kami bergantung kepada kepentingan sah (‘legitimate interest’) untuk memproses maklumat peribadi anda. Sebagai contoh, kepentingan sah boleh terjadi ketika anda mendaftar untuk skim kesetiaan dengan salah satu jenama milik kami dan kami akan menggunakan maklumat peribadi yang dikumpulkan untuk melakukan analisis maklumat bagi meningkatkan produk atau perkhidmatan kami. Kaedah ini hanya akan digunakan sekiranya ianya diperlukan bagi mencapai kepentingan sah. Sebagai contoh, bagi membantu melaksanakan kontrak, atau mengoptimumkan perkhidmatan, dan ianya tidak melebihi hak anda sebagai pengguna. Dasar undang-undang hanya akan digunakan sekiranya ia tidak menganggu pemprosesan maklumat peribadi anda. Kami memberi jaminan sekiranya kepentingan sah digunakan sebagai dasar untuk memproses maklumat peribadi anda, kami akan menyimpan rekod ini dan anda mempunyai hak untuk meminta maklumat ini.

Kami memproses maklumat peribadi anda bagi melaksanakan kontrak yang berkaitan dengan anda. Sebagai contoh, kami perlu memproses maklumat peribadi anda untuk menghantar produk ataupun perkhidmatan yang anda beli, bagi membolehkan anda mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan kami ataupun menghantar sampel yang anda minta.

Kami turut memproses maklumat peribadi anda apabila kami perlu mematuhi keperluan undang-undang (misalnya, cukai atau kewangan) untuk melakukan pemprosesan tersebut. Sebagai contoh, perintah mahkahmah atau sepina memerlukan kami untuk memproses maklumat peribadi bagi tujuan tertentu atau kami mempunyai kewajiban untuk memproses maklumat peribadi bagi melaporkan sebarang transaksi yang mencurigakan dibawah peraturan anti pengubahan wang haram.

 

PEMPROFILAN

The Magnum Ice Cream Companymengunakan maklumat peribadi anda untuk membuat profil. Kami membuat profil tentang kehendakan penggunaan dan pembelian anda, termasuk menganalisis cara penggunaan produk dan/atau perkhidmatan kami, dengan menggunakan kaedah peribadikan atau agregat untuk mengumpul maklumat tentang demografi, minat dan kelakuan supaya kami lebih memahami anda dan boleh menyesuaikan produk dan/atau perkhidmatan kami mengikut keperluan anda.

Anda boleh menarik semula kebenaran yang anda telah berikan bagi mengelakkan maklumat peribadi anda daripada pemprofilan dengan mengubah tetapan kuki ataupun berhenti melanggan daripada menerima pemasaran surat berita.

Sebagai contoh –

  • The Magnum Ice Cream Companymengumpulkan data, dengan kebenaran anda, dari:
    • Laman web kami mengenai apa yang anda lihat dan cara anda berinteraksi dengan kandungan laman web kami
    • Tayangan iklan digital yang kami sediakan untuk anda di platform sosial dan laman web penerbit lain; dan
    • Borang yang anda isi secara dalam talian dan hantar kepada kami mengenai minat anda
  • Kami turut mengesan produk yang anda beli apabila anda menekan salah satu tayangan iklan kami dan membeli sesuatu daripada rakan runcit kami.
  • Sekiraya anda telah diminta untuk menerima emel atau SMS komunikasi daripada kami, kami mengesan sama ada anda telah membuka, membaca atau menekan kandungan bagi menmahami minat anda agar kami dapat menyediakan anda dengan kandungan yang anda minat.
  • Kami menggunakan maklumat ini bagi memprofil minat anda. Sebagai contoh, sekiranya anda kerap melihat produk vegan di laman “The Magnum Ice Cream Company” kami, dan anda telah memilih untuk menerima emel daripada kami, kami akan menghantar kepada anda sebarang produk vegan yang baru di laman web kami.
  • Berdasarkan maklumat profil ini, kami juga menyediakan anda iklan yang anda mungkin berminat. Dalam situasi tertentu dan dengan kebenaran anda, kami turut menggunakan lokasi anda bagi menyediakan iklan yang berkaitan dengan promosi ataupun acara yang berdekatan dengan anda.
  • Kami turut menggunakan maklumat yang anda telah sediakan dan memberi kebenaran kepada pihak ketiga yang tertentu untuk dikongsi, seperti umur, jantina, gaya hidup dan minat untuk mengenalpasti orang-orang yang memiliki minat yang sama dengan anda.
  • Kami mungkin berkongsi pengecam akaun yang sama (seperti alamat e-mel, nombor telefon atau ID pengguna) atau data yang telah dicincang dengan rakan kongsi pengiklanan pihak ketiga kami untuk membantu mengenal pasti anda di pelbagai peranti atau menyajikan iklan kepada anda di laman media sosial yang anda gunakan. Kami dan rakan kongsi pihak ketiga kami menggunakan maklumat ini untuk menjadikan iklan yang anda lihat dalam talian lebih relevan dengan minat anda, serta untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan pengiklanan seperti pelaporan, atribusi, analitik, dan penyelidikan pasaran.

Pembuatan keputusan automatik

Dalam sesetengah situasi, The Magnum Ice Cream Companymemproses data peribadi anda secara automatik. Keputusan automatik adalah keputusan yang dibuat secara automatik tanpa penglibatan manusia dalam proses membuat keputusan mengenai maklumat peribadi anda. Sebagai contoh:

  • The Magnum Ice Cream Companymenggunakan simulasi permainan berdasarkan sains bagi menilai tingkah laku dan teknik sains bagi menganalisis bakal pekerja. Calon diharuskan untuk bermain dengan permainan tersebut dan pola tingkah laku yang ditunjukkan ketika bermain akan dinilai oleh algoritma The Magnum Ice Cream Companyuntuk menjangka potensi calon bagi sesuatu jawatan. Algoritma ini diuji secara teratur untuk memastikannya adil, efektif dan tidak bias.

Kami tidak akan membuat sebarang keputusan hanya berdasarkan semata-mata keputusan automatik yang mempunyai impak yang penting kepada anda. Sekiranya kami membuat sedemikian, kami akan memaklumkan kepada anda dan menyediakan maklumat yang jelas dan asas yang sah mengenai keputusan kami untuk menggunakan keputusan automatik tersebut. Sebagai contoh, The Magnum Ice Cream Companymemproses maklumat peribadi anda menggunakan pembuatan keputusan automatik hanya apabila ianya perlu bagi memasuki ataupun melaksanakan kontrak dengan anda, atau sekiranya anda telah memberikan kebenaran langsung.

Anda mempunyai hak untuk tidak tertakluk pada keputusan yang hanya berdasarkan pembuatan keputusan automatik yang mempunyai kesan dari segi undang-undang atau impak lain. Secara khususnya, anda berhak:

  • untuk mendapatkan campur tangan manusia
  • menyampaikan pendapat anda
  • mendapatkan penjelasan mengenai keputusan yang dicapai setelah penilaian; dan
  • untuk membantah keputusan tersebut.

Pengalaman Kecerdasan Buatan

Dari semasa ke semasa, kami mungkin menyediakan aplikasi atau pengalaman yang dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan,sebagai contoh chatbot (“pengalaman AI”), kepada anda. Untuk chatbot yang dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan, melainkan ia jelas daripada keadaan dan konteks penggunaan, kami akan memastikan anda memahami bahawa anda berinteraksi dengan Kecerdasan Buatan dan bukan manusia.

Beberapa pengalaman AI ini membenarkan anda menghantar teks, imej, atau bahan lain (“Prompt”), yang menghasilkan respons berdasarkan Prompts anda (“Output”). Kebanyakan pengalaman AI tidak memerlukan data peribadi dalam Prompt anda, namun jika anda melakukannya, kami akan mengumpul maklumat tersebut, yang mungkin dihasilkan semula dalam Output. Kami juga mungkin menyahidentifikasi Prompt anda dan mengekalkan Prompt dan Output yang telah dinyahidentifikasi untuk tujuan analitik, keselamatan, dan pemantauan. 

Kami akan memproses data peribadi yang anda berikan apabila anda mendaftar untuk pengalaman AI ini dan sebarang data peribadi yang anda sertakan dalam Prompt anda mengikut Notis Privasi ini dan sebarang notis tambahan yang kami berikan apabila anda berinteraksi dengan pengalaman tersebut. Kami juga mungkin berkongsi data peribadi anda dengan penyedia pengalaman AI ini untuk tujuan terhad menyediakan aplikasi/pengalaman kepada anda.

Sebagai sebahagian daripada The Magnum Ice Cream Company Group, satu perniagaan global, Magnum ICC MY Sdn. Bhd. akan berkongsi maklumat peribadi anda didalam The Magnum Ice Cream Company Group dan pihak ketiga yang tertentu. Sebagai contoh, kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga, pihak ketiga yang lain, dan termasuklah pemindahan perniagaan ataupun sekiranya ianya perlu bagi tujuan perundangan.

Sebagai sebahagian daripada The Magnum Ice Cream Company Group, satu perniagaan global, Magnum ICC MY Sdn. Bhd. akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan The Magnum Ice Cream Company Group dan pihak ketiga yang tertentu, dalam situasi yang berikut:

  • Pembekal perkhidmatan pihak ketiga. Bagi melaksanakan dan menjawab permintaan, pertanyaan, pesanan, sampel dan membolehkan anda mengambil bahagian dalam undian ataupun pelbagai lagi ciri-ciri lain laman web kami, kami akan kongsikan maklumat peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga bagi pihak kami, seperti syarikat yang: menghos atau mengendalikan laman web The Magnum Ice Cream Company, memproses bayaran, menganalisis data, menyediakan khidmat pelanggan, khidmat penghantaran, penaja atau pun pihak ketiga yang mengikuti atau mengendalikan promosi kami. Mereka mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda yang diperlukan bagi melaksankan tugas mereka. Mereka tidak boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan lain selain daripada yang telah dinyatakan. Tambahan lagi, mereka perlu memproses maklumat peribadi anda mengikut Notis Privasi ini dan undang-undang yang terpakai.  
  • Pihak ketiga yang lain. Maklumat peribadi anda juga akan diggunakan atau dikongsi kepada penaja kami,  rakan runcit, tukang iklan, talian iklan, pelayan iklan, rangkaian sosial media, syarikat analisis atau pihak ketiga yang berkaitan dengan pemasaran, promosi, pengayaan data ataupun tawaran lain dan maklumat produk.
  • Pemindahan perniagaan. Maklumat peribadi anda akan digunakan oleh kami ataupun dikongsi dengan The Magnum Ice Cream Company Group, terutamanya bagi tujuan perniagaan ataupun operasi. Oleh kerana The Magnum Ice Cream Company Group sedang terus mengembangkan perniagaan, The Magnum Ice Cream Company Group mungkin akan menjual atau membeli aset, anak syarikat atau unit perniagaan.  Dalam transaksi tersebut, maklumat peribadi anda secara umum merupakan salah satu aset perniagaan yang dipindahkan tetapi tetap tertakluk kepada perjanjian yang dibuat di dalam Notis Privasi sebelumnya (melainkan jika anda membenarkan yang sebaliknya). Sekiranya entiti yang lain memperoleh kami, perniagaan kami atau pun semua atau sebahagian daripada aset, aset berkaitan dengan laman web The Magnum Ice Cream Company, maklumat peribadi anda akan didedahkan kepada entiti tersebut sebagai salah satu proses ketekunan wajar (‘due diligence’) dan akan dipindahkan kepada entiti tersebut. Sekiranya kebankrapan atau prosiding penyusunan semula organisasi diambil oleh atau kepada kami, kesemua maklumat peribadi tersebut akan dianggap sebagai aset kami dan boleh dijual atau dipindahkan kepada pihak ketiga.
  • Pendedahan undang-undang. Kami akan memindahkan dan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga:
    • Untuk memberikan maklumat kepada dan seperti yang dikehendaki oleh agensi penguat kuasa undang-undang setempat, pihak berkuasa kerajaan setempat lain atau seperti yang diwajibkan oleh undang-undang
    • Untuk mengesahkan atau menguatkuasakan “Terma Penggunaan” atau mana-mana Notis yang terpakai;
    • Untuk mengesan dan mencegah daripada penipuan atau sebarang teknikal atau kelemahan sekuriti;
    • Untuk tindak balas terhadap kecemasan;
    • Untuk melindungi hak, harta, keselamatan, sekuriti pihak ketiga, pelawat laman web The Magnum Ice Cream Company, The Magnum Ice Cream Company ataupun orang awam.

PEMINDAHAN MAKLUMAT ANTARABANGSA

The Magnum Ice Cream Company berkongsi maklumat peribadi di antara The Magnum Ice Cream Company Group atau pihak ketiga bagi tujuan yang telah dinyatakan di dalam Notis Privasi ini.

The Magnum Ice Cream Company hanya akan berkongsi maklumat peribadi yang dikumpul dalam negara-negara Wilayah Ekonomi Eropah (EEA)  ke negara lain  dalam keadaan seperti:

  • Untuk mengikuti arahan anda;
  • Untuk mematuhi peraturan undang-undang; atau
  • Untuk bekerja dengan ejen dan penasihat yang kami gunakan untuk membantu menjalankan perniagaan dan perkhidmatan kami.

Sekiranya kami memindahkan maklumat peribadi ke luar dari negara-negara yang mempunyai rangka undang-undang terhad, The Magnum Ice Cream Company akan memastikan bahawa maklumat tersebut dilindungi dengan cara yang sama seperti ianya digunakan di dalam negara-negara yang mempunyai perlindungan undang-undang yang mencukupi. Kami akan menggunakan salah satu perlindungan berikut:

  • Memindahkan ke negara lain yang mempunyai undang-undang privasi bagi memastikan tahap perlindungan yang memadai sepertimana maklumat tersebut dikumpul
  • Mengadakan kontrak dengan pihak ketiga dimana mereka harus melindungi maklumat peribadi dengan standard perlindungan yang sama di negara dimana maklumat tersebut dikumpulkan.

The Magnum Ice Cream Company mengambil berat akan keselamatan maklumat peribadi anda. Kami mengambil segala langkah bagi melindungi maklumat peribadi anda daripada penyalahgunaan, kehilangan, akses tidak sah, pengubahsuaian atau pendedahan.

Langkah-langkah kami termasuklah melaksanakan kawalan akses yang berpatutan, melabur dalam Kemampuan Keamanan Informasi terkini untuk melindungi sistem IT yang kami gunakan, dan memastikan kami mengekripsi, menggunakan nama samaran, dan menganonimkan maklumat peribadi sebaik mungkin. 

Akses ke maklumat peribadi anda hanya diizinkan di antara pekerja kami dan ejen berdasarkan keperluan dan tertakluk pada kerahsiaan kontrak yang ketat ketika diproses oleh pihak ketiga.

Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ianya dikumpulkan. Seperti contoh, ketika anda melakukan pembelian dalam talian bersama kami, kami akan menyimpan maklumat berkaitan dengan pembelian anda, sehingga kami dapat melakukan kontrak spesifik yang telah anda masuki dan setelah itu, kami akan menyimpan maklumat peribadi anda untuk satu tempoh bagi membolehkan kami mengurus atau mejawab sebarang aduan atau pertanyaan mengenai pembelian tersebut.

Kami turut menyimpan maklumat peribadi anda agar kami dapat meningkatkan lagi pengalaman anda bersama kami dan memastikan anda menerima ganjaran kesetiaan. 

Kami menyimpan maklumat yang telah dikumpul secara langsung dan boleh diidentifikasi untuk tujuan sasaran sesingkat mungkin, setelah itu kami akan memusnahkan terus maklumat anda.

Kami akan secara aktif meninjau maklumat peribadi yang kami simpan dan memusnahkanya secara selamat ataupun dalam sesetengah situasi menganonimkannya, apabila tiada keperluaan undang-undang, perniagaan atau pengguna untuk menyimpannya. 

Apabila kami memproses maklumat peribadi anda, anda mempunyai beberapa hak mengenai bagaimana maklumat itu diproses dan anda boleh menggunakan hak-hak ini pada bila-bila masa dengan menghantar permintaan melalui borang “Contact Us” di laman web produk kami.

Anda boleh menghubungi Pegawai Privasi yang telah dilantik bagi Magnum ICC MY Sdn. Bhd. yang beralamat di Magnum ICC MY Sdn. Bhd., Suite 2-1, Level 2, Vertical Corporate Tower B, Avenue 10, The Vertical, Bangsar South City, No. 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia atau melalui emel .

Sekiranya anda membunyai sebarang soalan atau kemusykilan mengenai Notis Privasi The Magnum Ice Cream Company, mengenai pemprosesan maklumat ataupun ingin membuat aduan mengenai kemungkinan pelanggaran undang-undang privasi, sila hantar emel ataupun permintaan melalui borang “Contact Us” di laman web kami.

Kami akan membuat pindaan kepada Notis Privasi ini dari semasa ke semasa dengan menyiarkan versi yang telah dikemaskinikan di laman-laman web The Magnum Ice Cream Company. Anda akan diberi notis yang sewajarnya mengenai sebarang pindaan yang berkenaan. Kami menggalakkan anda untuk kerap melawati laman-laman web The Magnum Ice Cream Company untuk sentiasa dimaklumkan mengenai cara maklumat peribadi anda digunakan. Kami akan mencuba sedaya upaya untuk menjawab dan menyelesaikan segala pertanyaan dan kemusykilan anda.

Kami tidak akan mengurangkan hak-hak anda di bawah Notis Privasi ini tanpa kebenaran anda.

Sebagai tambahan kepada Notis Privasi ini, mungkin terdapat juga kempen-kempen atau promosi-promosi lain yang tertakluk di bawah terma-terma atau notis privasi tambahan. Kami menggalakkan anda untuk membaca kesemua terma-terma dan notis-notis tambahan tersebut sebelum menyertai sebarang kempen atau promosi kerana kesemua terma-terma dan notis ini perlu dipatuhi. Sebarang terma-terma atau notis privasi tambahan akan disediakan dengan jelas kepada anda.

The Magnum Ice Cream Company logo

© 2025 The Magnum Ice Cream Company
All rights reserved

    • Privacy Notices
    • Cookie Notices
    • Legal notices
    • Accessibility notices