Skip to:
Edisi pertama : Julai 2025
Di The Magnum Ice Cream Company, kami menghormati privasi dan hubungan kami dengan anda.
Kami menggunakan teknologi di laman web kami untuk mengumpul maklumat yang boleh membantu kami meningkatkan lagi pengalaman anda dan juga produk dan perkhidmatan kami. Kuki yang kami gunakan di The Magnum Ice Cream Company membolehkan laman web kami untuk bekerja dan membantu kami memahami dengan lebih lanjut maklumat dan pengiklanan yang paling sesuai bagi pelawat laman web kami.
Sila luangkan waktu sejenak untuk membiasakan diri anda dengan amalan kuki kami dan sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dengan menghantar permintaan melalui borang “Contact Us” di laman web kami.
Kami telah meringkaskan Notis ini sebaik yang boleh. Sekiranya anda mengalami kesukaran dalam memahami sebarang istilah seperti kuki, alamat IP, dan pelayar, sila rujuk kepada istilah-istilah kunci ini.
Sebarang maklumat peribadi yang disediakan kepada atau dikumpul oleh The Magnum Ice Cream Company melalui kuki dan teknologi penjejakan yang lain adalah dikendalikan oleh pengawal data, Magnum ICC MY Sdn. Bhd., Suite 2-1, Level 2, Vertical Corporate Tower B, Avenue 10, The Vertical, Bangsar South City, No. 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Dengan menggunakan laman web kami, anda memberikan kebenaran kepada kami untuk menggunakan kuki mengikut Notis Kuki ini dan Notis Privasi Kami.
Notis Kuki ini terpakai untuk semua laman web, aplikasi, laman jenama di platform pihak ketiga (seperti Facebook atau YouTube), dan aplikasi yang diakses atau digunakan melalu laman web atau platform pihak ketiga (selepas ini dirujuk kepada, “laman web kami”) yang dikendalikan oleh atau bagi pihak The Magnum Ice Cream Company. “The Magnum Ice Cream Company” di dalam Notis ini merujuk kepada mana-mana Magnum ICC MY Sdn. Bhd. syarikat, anak syarikat, sekutu, syarikat usaha sama dan waralaba yang berinteraksi dengan anda atau mempunyai sebarang hubungan dengan anda.
Dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan penggunaan kuki oleh kami selaras dengan Notis Kuki dan Notis Privasi kami. Sekiranya anda tidak bersetuju untuk tertakluk kepada penggunaan kuki ini, anda boleh menetapkan pelayar anda untuk menolak semua kuki atau untuk menunjukkan apabila kuki telah ditetapkan, membolehkan anda memutuskan sama ada untuk menerimanya. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk menyekat kuki, ciri tertentu laman web The Magnum Ice Cream Company yang anda lawati mungkin tidak berfungsi dengan betul.
Bahagian dibawah Notis ini akan meringkaskan jenis-jenis kuki yang kami gunakkan di lama web kami, bersama dengan tujuan ianya digunakan dan menyediakan anda dengan cara untuk mengendalikan kuki tersebut.
The Magnum Ice Cream Company hanya akan mengumpul, menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi anda sekiranya ianya wajar dan sah disisi undang-undang.
Kuki, tag piksel dan teknologi yang sama (secara kolektif ‘kuki’) adalah file yang mengandungi jumlah maklumat yang kecil, dimuat turun dari sebarang peranti yang menggunakan internet – seperti komputer, telefon pintar atau tablet – apabila anda melawati laman web kami.
Kuki kemudiannya dihantar semula kepada laman web asal bagi setiap lawatan, atau ke laman web lain yang mengiktiraf kuki tersebut. Kuki melakukan pelbagai jenis tugas yang berguna seperti mengingati pilihan anda, meningkatkan pengalaman dalam talian anda, dan membantu kami untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang terbaik buat anda.
Terdapat pelbagai jenis kuki. Kebanyakannya mempunyai fungsi yang sama, tetapi mempunyai sedikit perbezaan. Untuk senarai yang lebih lanjut mengenai kuki yang kami gunakan di laman web kami, sila rujuk bahagian di bawah Notis ini.
Kami menggunakan kuki untuk memastikan laman web The Magnum Ice Cream Company lebih mudah digunakan, untuk menyediakan pengalaman khas untuk anda di laman web kami, dan menyediakan produk, perkhidmatan dan laman web yang bersesuaian dengan minat dan keperluan anda. Kuki juga digunakan bagi meningkatkan sebarang aktiviti dan pengalaman anda di laman web kami pada masa hadapan.
Kebenaran yang anda telah berikan kepada kuki turut digunakan bagi mengumpul maklumat peribadi anda yang kemudiannya kami profilkan agar kami dapat menghantar pengiklanan sasaran mengikut minat anda dan mengehadkan bilangan iklan yang anda lihat. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai aktiviti pemprofilan The Magnum Ice Cream Company mengenai maklumat peribadi anda untuk pengiklanan, sila rujuk Notis Privasi kami.
Kami turut memasukkan kuki ke dalam email dan surat berita bagi meningkatkan kandungan dan pengiklanan kami.
Akhir sekali, kami mengunakan kuki untuk menyusun statistik agregat tanpa nama bagi membolehkan kami untuk memahami bagaimana pengguna menggunakan laman web kami dan membantu kami meningkatkan struktur dan kandungan dan mengukur keberkesanan kempen pengiklanan di laman web milik The Magnum Ice Cream Company dan laman web bukan milik The Magnum Ice Cream Company.
Ada pelbagai cara untuk mengawal kuki anda:
KAWALAN MELALUI TETAPAN PELAYAR
Kebanyakan pelayar internet telah disediakan untuk menerima kuki secara automatik. Sekiranya anda tidak ingin laman web kami untuk menyimpan kuki di peranti anta, anda boleh mengubah tetapan pelayar anda agar anda boleh menerima amaran sebelum kuki disimpan. Anda juga boleh mengubah tetapan pelayar anda agar pelayar anda boleh menolak kebanyakan kuki kami atau hanya kuki tertentu dari pihak ketiga. Anda juga boleh menarik semula kebenaran yang anda berikan dengan memadam kuki yang telah disimpan.
Sekiranya anda menyahaktifkan kuki yang kami gunakan, ini akan mempengaruhi pengalaman anda di laman web The Magnum Ice Cream Company, sebagai contoh, anda mungkin tidak akan dapat menggunakan sesetengah fungsi laman web kami atau menerima maklumat khas untuk anda di laman web kami.
Sekiranya anda menggunakan peranti yang berbeza untuk melawat dan mengakses laman web The Magnum Ice Cream Company (seperti contoh, komputer, telefon pintar, tablet) anda perlu memastikan setiap pelayar dalam setiap peranti ditetapkan mengikut pilihan anda.
Prosedur bagi mengubah tetapan dan kuki adalah berbeza bagi setiap pelayar. Sekiranya perlu, gunakan fungsi bantuan di pelayar anda atau tekan pautan di bawah untuk ke manual pengguna bagi pelayar anda.
Terdapat juga perisian yang dapat mengendalikan kuki bagi pihak anda.
Anda juga boleh melawat www.ghostery.com untuk melawat penggunaan kuki yang digunakan di laman web kami.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kuki, termasuk mengenai kuki apa yang telah ditetapkan dan bagaimana untuk mengendali dan memadamnya, sila lawati www.allaboutcookies.org.
KAWAL MELALUI ALAT MENGURUS KUKI
Anda boleh menyahaktifkan kuki The Magnum Ice Cream Company atau pihak ketiga menggunakan alat kuki.
Menutup kuki penjejak, sebagai contoh, dapat memastikan The Magnum Ice Cream Company tidak dapat menjejaki anda di dalam talian. Walaubagaimanapun sila ambil perhatian bahawa apabila anda menutup kuki penjejak, ianya tidak bermaksud anda akan kurang menerima iklan daripada The Magnum Ice Cream Company. Ianya hanya akan menjadikan iklan yang anda terima tidak disediakan khas untuk minat anda.
Kuki yang digunakan di laman web The Magnum Ice Cream Company boleh dikelaskan dalam kategori seperti yang di bawah:
Kuki yang digunakan di laman web The Magnum Ice Cream Company boleh dikelaskan dalam kategori seperti yang di bawah:
TEMPOH MASA KUKI YANG KAMI GUNA
Dari segi tempoh masa, kami menggunakan dua jenis kuki yang berbeza di laman web kami: